NIOSH Exclusive Business Partner

n1

n2

n3

 

Pada 30hb September 2016 satu lagi sejarah terukir apabila SR Scaffold Resources dilantik menjadi Exclusive Business Partner oleh NIOSH. SR Scaffold melangkah setapak kehadapan dalam industri latihan Scaffolding apabila kerjasama dengan pihak NIOSH membolehkan sayap bidang latihan dilebarkan lebih jauh lagi. NIOSH tidak asing lagi kerana menyediakan latihan dalam bidang keselamatan industri No.1 negara. Pihak SR Scaffold akan bekerjasama dengan NIOSH untuk latihan Scaffolding Oil & Gas di wilayah pantai timur semenanjung, sebahagian Johor dan Sabah Sarawak.

MoU SR Scaffold Resources – MARA

mara11

 

Majlis penyerahan MoU Sr Scaffold Resources bersama pihak MARA pada 14hb Oktober 2016 bertempat di Kolej Kemahiran Tinggi Kuantan (KKTM) disaksikan oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah. Dengan ada nya MoU ini pihak SR Scaffold melebarkan lagi sayap untuk menjalankan program latihan dengan kerjasama pusat latihan di bawah MARA di seluruh Malaysia.

Skim Biasiswa Latihan Teknikal Yayasan Sarawak 2015

web1 web4 web2 web3

 

Seramai 61 pemohon skim Pinjaman Biasiswa Latihan Teknikal Yayasan Sarawak dengan jayanya menamatkan program latihan Scaffolding Oil & Gas selama sebulan. Latihan intensif teori & praktikal selama sebulan telah berjaya mengasah bakat pelajar dalam skil teknikal dan kesemua 61 telah lulus pensijilan DOSH Scaffolding Level 1.  Pengarah Yayasan Sarawak bersama pegawai-pegawai telah melawat fasiliti yang disediakan dan amat berpuas hati. Para pelajar bermotivasi tinggi untuk ke alam pekerjaan di industri Oil & Gas selepas ini.

Terima kasih kepada Pengarah Yayasan Sarawak, Yang Berbahagia Datu Haji Mohamad Abu Bakar Bin Marzuki kerana sudi melawat pusat latihan SR Scaffold Resources serta kerana memberi kepercayaan menjadikan SR Scaffold sebagai panel untuk latihan teknikal. Kegagalan dalam akademik tidak bermakna tiada masa depan atau gagal bekerja berpendapatan tinggi kerana bidang latihan teknikal boleh mengubah segalanya. Kejayaan program ini akhirnya bergantung pada usaha dan keyakinan pelajar untuk berjaya.

Majlis Graduasi Skil Iltizam Industri Minyak & Gas – Batch 1 Blasting Painting Labuan

IMG-20150125-WA0060

 

Majlis diadakan pada 25hb Januari 2015 bertempat di ILP Labuan. Tahniah kepada 20 orang pelajar daripada WP Labuan & Sabah. Pihak SR juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Datuk Rozman Datuk Hj Isli, Ahli Parlimen WP Labuan yang sudi datang menyempurnakan majlis. Kami juga mengucapkan penghargaan kepada pihak-pihak yang terlibat serta bekerjasma memastikan perjalanan latihan berjalan lancar:

1) Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera – Penaja biasiswa

2) ILP Labuan

3) Petronas Chemicals Methanol Sdn Bhd

4) Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Labuan

5) Jabatan Tenaga Kerja Labuan

6) RM Leopad Sdn Bhd – Majikan

7) Care Ion Technologist Sdn Bhd

Lawatan Industri ke Sapura Kencana Lumut

Kencana 800

 

Pada 17/04/2014 kami telah membawa penaja ke Sapura Kencana Lumut, Perak. Pada majlis tersebut para penaja bertemu dengan pihak industri dan peserta tajaan yang telah berjaya bekerja di industri. Penaja telah menyerahkan sijil tamat kursus dan sijil Scaffolding Level 1 DOSH.