Kisah Kejayaan

amin aman
AMIN BIN AMAN. Berasal dari Sabah. Menyertai program Blasting & Painting pada Disember 2014. Setelah tamat latihan teori dan amali selama sebulan, beliau lulus cemerlang persijilan IMM Lvl 2 (Professional Cert Blasting Painting). Seperti dalam perjanjian, beliau terus dapat pekerjaan di Nomad Engineering, Pasir Gudang, Johor. Sekarang berpendapatan RM1,400 – RM1,600 sebulan. Sebelum ini beliau hanya bekerja sebagai atendan pam di Stesen Minyak Petronas. Peluang yang ditawarkan oleh Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera telah banyak membantu beliau. TAHNIAH!!

Suhaimi Lumut
MOHD SUHAIMI BIN HASHIM. Berasal dari Terengganu. Mempunyai 12 orang adik beradik. Beliau bersekolah pondok dan tidak mempunyai SPM. Menyertai program Scaffolding Erection pada Disember 2014. Latihan teori dan amali selama sebulan. Lulus dalam persijilan DOSH Scaffolding Erection Lvl 1. Ditempatkan bekerja di Lumut bersama majikan RM LEOPAD (Sapura Kencana). Berpendapatan sebanyak RM1,600 – RM2,000 sebulan. Sebelum ini beliau bekerja di kampung dengan tiada pendapatan tetap. TAHNIAH pada Suhaimi dan TERIMA KASIH pada penaja iaitu YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA.